Saturday, September 20, 2008

Sweety Raspberry Cookies

Sweety Raspberry Cookies.... antara kuih terbaru utk thn ni. Waktu membakar, bau nyer sggh mengguji kesabaran org berpuasa.... very nice aroma....tempting.....
Bila time waktu buka, hazel buka puasa ngan kuih ni dulu, bukan ape, utk test market.
So its turn up very tasty & yummy... tak sia2 mencuba....
Apa lagi the nx day call customer utk ambil tempahan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakan(for a start)... sampai 1000pcs.
Bila da tiba musim raya, ada customer call utk order lagi, kata nyer 2nd day raya kuih nyer da abis.... LICIN..... So terpaksa la hazel buat lagi, kali ni dia order 200pcs...(B4 100pcs only).
Kpd sume customer hazel, Espc Cik Rahma, Cik Karsina, Cik Ani, Encik Ali, Encik Jamal, Sdri Mala....hazel ucapan Selamat Hari Raya & terima kasih diatas kepercayaan & sokongan anda selama ni.... (9yrs masih yakin ngan hasil ku ini....)

Monday, September 15, 2008

Biskut Suji

Biskut SUJI....... biskut wajib, kerna bagi anak2 hazel, kalau takde suji, tidak sah...(espc anak hazel yg no 4 tu) Tak tau pula nape. Seperti biasa, tiap2 thn, hazel kena wat sampai 300pcs.
Kekadang tu sampai tak sempat utk wat raya, LICIN container plastic tu. Walau camne pun, hazel tetap bersyukur & gembira kerna kuih tu tidak membazir.....

Kuih Makmur

Kuih Makmuuuurrrrr..... alahai... its been a long time since i last buat. Kalau tak silap, kali terakhir ada la thn 2002. Kuih nyer mmg sedap, tapi nak menyepitnyer tu yg hazel bercinta sgt nak buat. Sampai bole mengantuk dibuatnyer... Kalau kebykan org mengunakan kacang tanah sebagai inti, hazel pula suka mengunakan kacang gajus....(Dunno why dari dulu lagi mmg tak suka sgt ngan kacang tanah...) Inti kacangnyer hazel tak tumbuk, tapi hazel masukkan sebiji2. So bila makan, terasa sggh kacangnyer, very crunchy.. Heheheeee......

Wednesday, September 10, 2008

Baju Raya 2008







Heheheheeeeeee..... nak buat tayangan amal. Baju ni sume baru aje hazel terima tadi pagi. My tailor deliver htr ke rmh. Best sgt2 bila baju da selamat sampai ke yg empunya badan. Apakan tidak, takut kalau2 tak muat. Tiap2 thn mmg hazel akan tempah 3-4pasang. Bukannyer nak membazir $$$$. Tapi semmgnyer bila time raya ni, hazel byk menziarah rmh saudara mara. Ya'lah, waktu2 begini la baru kita bole berjumpa ngan keluarga, teman, jiran dll....
Biasayer hari pertama aje da nak kena gi sampai 7-8 rmh. Ini belum lagi ngan hari2 yg berikut.
Kekadang tu sampai da nak akhir raya baru dpt complete sume rmh.... Tapi bagi rmh2 yg tak dpt cover tu, harap maaf ya. Insya-allah thn ni akan hazel kunjungi.

Tuesday, September 9, 2008

Kuih Lopes


All time favourite.... kuih tradisional, Kuih lopes. Dis is one of the kuih yg tak bole miss.. Dlm masa sbln hazel kena buat 2x. Anak2, hb, ummi, MIL, FIL & bole dikatakan sume family hazel mmg gemar memakannyer. Alahai mmg la sedap utk dimakan, tapi bila nak membuat nyer bole bercinta. Apa kan tidak, proses membuat aje mengambil masa +/- 6jam... (termasuk masa merebus). Walau camne pun, hazel tetap hapi, apa kan tidak, buat sampai 3kg pulut pun bole abis. bayangkan.....


Bahan-bahan ( 40-45biji )

2kg Beras Pulut
1-2biji Abu-chang
Secukup Air
Daun pisang
Air Gula Melaka
Kelapa Parut


Cara-cara nyer :


Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 6jam.
Sesudah 6jam, toskan. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut. Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -tiga.
Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak terkeluar. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula melaka.

Monday, September 8, 2008

Red Bean Stollen


Resipi ni pula hazel dpt dari Koleksi Resepi Diana. Ada member2 MyR yg menggelar nyer sebagai Roti Ulat Gonggok...(kalau tak salah ejaan).Heheheee... jgn marah. Roti ni mmg sedap, lembut & enak dimakan panas2. Bagi yg tak kuat manis, bole la kurangkan isi kacang merah nyer. Resepi ni juga da hazel cuba berkali2. Tak rugi mencuba nyer.
Attach hazel ambil resepi nyer dari Koleksi Resepi Diana..(harap2 dianaA tak marah ya....)
RED BEAN STOLLEN
(Sumber: Roshayati Johari)
Bahan A:
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas hingga sebati
Bahan B:
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram
Bahan C:
40g butter
40g shortening (Boleh guna shortening atau butter sahaja)
Cara menyediakan roti:
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. (Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam).
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.
Cara membuat Red Bean Stollen
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit.
Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.


Nasi Goreng Blacan Special


Resepi ni juga dari k nor, Sejak da cuba resepi ni skali, skrg ni da jadi macam resepi wajib pula pada tiap2 hujung minggu. Kalau resipi asal k nor cuma bubuh cili api ijau, hazel pula campur kedua2 ijau & merah. Anak2 mmg makan pedas2, so no problem la.. Enak bila dimakan panas2 bersama Teh/Milo panas... Sedaaaaapppppp... Di sini hazel attachkan resepi k nor.

Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )

2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
1 labu bawang besar
50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
belacan sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih - diketuk
garam dan gula secukup rasa

Untuk daging goreng:

300gm daging - dipotong kecil2
3 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
daun salad
cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara-cara :

Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
Dadar telur: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.

Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan
Selamat mencuba, walaupun nampak cerewet, insyaALLAH sedap..

Choc Moist Cake

` Resepi ni pula dari akak yg dok kat trengganu, Tak lain dan tak bukan, K nor....
T'kasih byk2 la for the resipi. Mmg sedap. Its full of chocolate. Bagi sesape yg gemar pada chocolate, sila la mencuba ya.



Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara :

Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.




Roti Sosej


Hehehe.... Atlast arini baru la dapat ku update pic yg pernah ku buat. Roti sosej. Resepi kalau tak silap dari minami-MyResepi.com. Kpd sesape yg belum mencuba, silakan la. Ianya mudah utk dibuat & rotinyer lembut skali. Da ku cuba berkali2. Hehehe....
Bahan-bahan :

190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter

**bahan2 lain**

12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara :

masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
ambil sebiji doh. canaikan
ambil sebatang sosej dan gulung
hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
tolak kiri dan kanan selang seli.
ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
biarkan doh selama 40 minit.
setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
roti siap dibakar..

Party Theme



Oleh kerana tema utk cupcake ni ialah b'day party jadi icing nyer juga bewarna2. Ni adalah atas permintaan b'day girl. She just turn 7 last Aug. Siap minta warna lagi, atasnyer deco ngan Red Heart & mini colorful dinosaurs. Kek nyer pula ialah Fruit Cake.

Wedding Cupcakes


As per rqst by the bride, i've made Chocolate muffin, topping wz black/white royal icing. This is the 1st time i tried the black col icing. It is quite difficult to get the exact black col till i add more & more black col. Thks god, the bride really likes it.

Chocolate Banana Cake



Kek ni actually the 2nd time hazel buat. The 1st time bila my Ummi punya b'day (26/07), Oleh kerna camera time tu rosak jadi tak dpt la ambil pic nyer. Yg ni hazel buat time MIL punya b'day pulak (08/08), kena adil la kan. Heheheee.... Kalau sesape perasan, dis is one of the Secret Recipe punya cake. Hazel blajar fm my "guru".... Bila da pandai buat, save sikit. Apa tidak nyer kat Secret Recipe jual S$5.20 per slice. Tapi walau camne pun both my mom & MIL really enjoyed it. Alhamdulillah.....

Friday, September 5, 2008

Cuppies


Yg ni anak hazel yg no 3 yg rqst, utk htr ke skola sempena Hari Kebangsaan S'pore yg lalu (09/08). Coz kat skola dia ada buat celebration. Da dinamakan National Days, maka temanyer hazel buat la warna Merah/Putih...(sama ngan warna bendera). Bln sabit tak sempat buat, bintang kecil2 pula leceh. Jadi hazel bubuh bintang besar ditgh2.... Kek nyer pula Chocolate Muffin. As sume org tau, anak2 kan suka ngan chocolate. Heheheee.... Hazel htr ke skola adalah dlm 50biji. Jadilah......