Wednesday, January 28, 2009

Macaroni & Cheese

After Baked...

Before Baked...
Got dis recipe fm my dearest fren punya blog, iaitu..."Koleksi Resepi Diana".
D, thumps up for your yummylicious recipe, Anak2 really loves & enjoyed it..(infact tak cukup, maybe next time kena masak 2pkt of pasta i/o of 1pkt only..heheheeee...)
Tak cukup dgn anak2, i dpt compliment lagi fm my darling HB.
And i hope u dun mind if i share dis wonderful recipe to my other fellow frens.
Bahan-bahannya (Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow
Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
250 ml air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut
Cara-caranya :
1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.
Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..

Jln2 Cari Dessert....

Bubur Tau Suan
Cendol



Chng Teng


Last wk, after da penat mencari brg2 baking wz my dear fren & my kiddos, kami pun apalagi cari la dessert utk basahkan tekak. Nak makan da kenyang, so kami makan la desert2 ni.
Tau Suan for my Dear Fren (u sould know la ya dik sape yg i maksudkan..heheheee...), Cendols for my dear kiddos & Hot Chng Teng for myself.

Nama kedai tu, hazel da tak ingat la...but wat i remembered, ianya terletak di tingkat 1, IMM building, Singapore.

My Kids & myself really enjoyed jln2 wz my dear fren..(so called - Adik). Next time, bila ada masa, kita jln2 lagi k...Insya-Allah. And i would like to thk u for bringing me to that shop. So lain kali tau la akak mana nak cari benda2 tu. Heheheeee...

Sunday, January 18, 2009

Naughty cuppies...





tak sanggup nak ku cerita la... Ok it's like this, my customer (chinese lady)order CC ni utk bachelorette party...(sll nya bangsa asing yg buat party macam ni) Faham2 aje la, party ni kan utk disambut seblm pengantin perempuan kawin... so bila ada nya party ni kawan2 pengantin perempuan akan adakan something naugthy for her...Ada ke mereka suruh hazel buat yg bukan2 (ehem2.... yg perempuan & lelaki punya tuuuuuu... ) so macam mana nak buat kalau anak2 ku tgk. So dgn daya kreativiti ku hazel gunakan la gummy candy yg bentuk dia lebih kurang sama... pink simbol perempuan...pisang simbol lelaki... Sorry ya i dont mean nak mencarut..tetapi setakat utk memberi penerangan...
Tadi pagi (adake pukul 7pagi dia call..) kata nya mereka happy wz the cc deco & the cake taste...

Menu utk hari ni...

Kari Ikan - for hubby & me...
For kiddos, espc the little one..
Hari ni masak Kari Ikan, Ikan Goreng, Telur Dadar, Kobis Goreng & sup.
Tetapi cuma sempat ambil 2 gambar aje... yg lain da abis kena ngap...

Sup utk anak2...tak tau nak panggil apa. Actually time cari brg2 kat fridge nampak ada taugeh. So hazel masakkan la for my kiddos.
Taugeh Masak Sup
Bahan-Bahannya :
1 ulas Bawang Merah - dihiris
2 ulas Bawang Putih - dititik
1/2 sth Stok perisa ayam
secukup air
Taugeh
Fishball
Tahu Sutera - dibelah 8
Tau pok (tahu kering)
Garam
Daun Sup
Bawang Goreng
Sedikit Minyak + Minyak Bijan
Cara2 :
* Panaskan Minyak & minyak bijan, tumiskan bawang2.
* Bila da naik bau, masukkan air + stok perasa ayam.
* Bila da mendidih masukkan pula, Fishball & Tahu sutera.
* Tunggu hingga fishball timbul, kemudian masukkan pula tau pok, taugeh & garam.
* Sajikan bersama daun sup & bawang goreng.

Puff Epal...


Buat semalam utk breakfast...


Friday, January 16, 2009

Cheese Bun

Wanton Goreng


Nasi Goreng Cina





Wanton Goreng
Sumber : Chef Tania
Bahan-bahan nya:
Secukup kulit Wanton
250gm Udang - dikisar
250gm Isi Ayam - dikisar
1 batang Lada Merah - dihiris halus
1/2 batang lobak merah - diparut
secukup Daun Sup dan Daun Bawang - dihiris halus
5 biji Sengkuang Cina - kupas kulit & potong dadu kecil2
Sedikit serbuk lada putih, garam, serbuk perasa
secukup minyak bawang putih* dan minyak bijan
Cara2 :
Satukan semua bahan diatas, kemudian bungkus dgn kulit wanton.
* Minyak Bawang Putih *
15 ulas bawang putih - dicincang atau tumbuk kasar2 1 mangkuk minyak masak
Cara2 :
Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuning2 keemasan.
# minyak ini boleh disimpan utk memasak berbagai2 jenis makanan seperti sup sayur, mee wanton dan sebagainya.

Tuesday, January 13, 2009

Lemon Buttercake...


Resepi ini Hazel dpt dari FRD-sumber dari Bebop, mmg sedap & bergebu2. Resepi asal mmg plain aje, tapi hazel telah ubah-usai sikit resepi nya. Infact, Diana dari "Koleksi Resepi Diana" juga tlh mengubahsuai resepi ini. Diana tlh buat dgn perasa Oren, sementara hazel pula membuatnya dgn perasa Lemon.
Plain Butter Cake
Sumber : Bebop
Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum / self raising flour
1 tsp baking powder
Bahan B
5 biji telur
Cara2
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
* tapi yg Hazel buat, hazel add 1 Sdm Lemon Emulco + 1 sth Lemon Yellow Color Paste. Parutan lemon (optional)

SELAMAT MENCUBA...

Monday, January 12, 2009

Chocolate Praline...

CHOCOLATE PRALINE
(Dapat dlm 30cups)
190gm Milk Chocolate
10gm Crisco
Secukup Almond atau Hazelnut - bakar sebentar (Hazel suka pakai Hazelnut)
Secukup Creamy Peanut Butter
Cara2 nya:
* Double boil chocolate dgn crisco. Kacau hingga sebati. Bila da larut, biarkan sejuk @room temperature. (Dlm 5min)
* Sapukan cooking chocolate di keliling Aluminium cup. Texture chocolate agak pekat sikit. Habis sapu chocolate, simpan sebentar di dlm fridge. (Dlm 20min)
* Bila chocolate da agak keras, picitkan pula sedikit creamy peanut butter di dlm nya. Lalu letakkan sebiji Hazelnut/Almond.
* Kemudian lebihan chocolate tadi hendaklah di dbl doil kan lagi, lalu tuangkan di atasnya. Tuang hingga penuh.
* Simpan lagi di dlm fridge hingga chocolate benar2 set. The best biarkan for at least 3hrs.

Sardine Puff..



Resepi ini juga telah hazel perolehi dari FRD.
Thks D...the kids really loves it.

Bubur As'syura...

Tiap2 10Muharram, Ummi hazel akan memasak bubur as'syura. Ianya da menjadi satu kemestian.
Bubur ini kalau tak silap hazel, ummi telah mencampurkan bersama 7 jenis kacang. Seperti Kacang Lepat, Kacang Merah dll.....

Kerepek Bayam....

Resepi ni pula hazel dpt dari FRD.

Lempeng...

Resepi ni hazel dpt dari seorg teman (adik.....u noe sape la yg akak maksudkan ya).
Selain dari tidak menggunakan byk bahan, ianya mudah dibuat & yg penting, sedap di makan...Thks Dik...

Thursday, January 1, 2009