Sunday, March 15, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Pastries........

Creamhorn


Chicken Curry Turnover


Apricot Purse


Fruit Feuilette


Sunday, March 1, 2009

Bubur Lambok...

Actually, smlm hazel tak tau nak masak apa utk sarapan. Bila buka freezer nampak ada daging, so apalagi maka dpt la idea utk masak Bubuk Lambok ni.
Bubur Lambok
Bahan2 :
2 Cawan Beras
Air secukupnya.
Daging goreng dihiris halus
250gm Santan (Hazel pakai santan packet - brand kheng guan)
Garam
Bahan2 kisar :
3 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawanhg Putih
1/2 inci halia
1-2 sdm Udang Kering (direndam dulu dgn air panas)
1 sth Lada Hitam
Bahan2 tumis :
2-3 ulas Bawang Kecil
Kayu Manis + Bunga Cengkih + Bunga Lawang + Buah Pelaga.
Bahan2 tabur (hiasan)
Timun - dihiris (buang hatinya)
Telur Dadar - bila sudah masak, gulungkan & dihiris.
Daun Sup + Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili Merah
Cara2 nya :
Rebus dulu daging goreng. Sambil menunggu, di periuk yg lain, masakkan beras + air secukupnya. Bila daging da 1/2 empuk, toskan airnya. Lalu masukkan daging ke dlm periuk beras tadi sambil memasukkan sedikit air rebusan daging tadi. Gaul2 kan agar bawah periuk tidak hangus. Kemudian masukkan pula bahan2 yg telah dikisar dan gaul lagi. Bila sudah hampir masak (beras sudah kembang), masukkan pula santan + garam secukupnya. Di kuali kecil, panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil serta bahan2 tumis yg lain. Bila sudah naik bau, tuangkan ianya ke dlm priuk bubur. Gaul2 hingga sebati. Matikan api. Siap utk dimakan. Waktu hendak menyajikan, taburlah sedikit timun, telur dadar, bawang goreng, daun sup/bawang serta cili hiris.
Selamat Mencuba....

Wednesday, February 25, 2009

Dinner @Breeks...

Grilled Beef Salad...

HB makan Silky Seabass with Raisin Rice...


Hazel makan BBQ 1/2 Chicken with Smoky BBQ Sauce served wz Mash Potatoes & Salad...

Minuman HB, Classic Avocado...

Hazel pula minum, Iced Passionfruit Tea...(alahai da ternampak sikit muka anakku)

Anak Hazel yg no 4, tak nak makan, so kami orderkan dia Ice-Cream Peach Melba...
Breeks Cafe
Terminal 2 Level 3,
#036-087-01 Viewing North Mall
Singapore Changi Airport






Tuesday, February 24, 2009

Black Forest Cake...



Kek yg baru hazel bake kelmarin mlm...takde apa2 occasion, saja aje buat makan2 anak2. Nak beli kat kedai (susah nak cari kedai kek halal) rasanya tak sepower yg dibuat sendiri kan..kan..kan..

Resepi ni hazel dpt dari http://www.myresipi.com/top/detail/6693 sumber Sharm 1969. Thks for the resipi. Alhamdulillah hazel buat kek ini ianya menjadi....;) Tapi ada sedikit bahan yg hazel ubahkan. Sekiranya tidak menjadi keberatan Sharm, hazel ingin berkongsi resepi ini dgn yg lain...

BLACK FOREST CAKE

Bahan-bahan ( Saiz 9" )

120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 tsp esen vanila
40gm Butter (dicairkan -sejukkan @rm temperature)

Untuk hiasan :

300gm Non-Dairy whipping cream
Jem blueberry
Ceri merah
Chocolate rice

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan butter yg tlh dicairkan.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar dgn suhu 180'C selama 30-35 minit.
Sejukan kek, potong 2-3 lapisan(Hazel buat 3 lapisan). Sapu krim, diikuti dgn jem blueberry.
Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim diikuti lagi dgn jem blueberry. Tindihkan kek lagi. Ratakan permukaan dan tepi kek dgn krim.
Hiaslah mengikut citarasa anda.

SELAMAT MENCUBA