Wednesday, February 18, 2009

Dinner @Charco's

Ribs Creme Meal utk HB

1/4 Chicken Roast Meal utk Hazel

Coleslaw & Greek Salad

CHARCO'S "the flaming chicken"
Open 7days a wk ( 11am - 10pm)
Blk 608 #01-2771 Ang Mo Kio Ave 5
Singapore 560608 (bersebelahan dgn ESSO)
* Jgn terperanjat, ianya di rmh2 kejiranan anda....bawah blok daaaa...

Dinner @Newton stall No.19

Chilli Crayfish

Baby Kailan

Garlic Tiger Prawn

Chilli Cuttlefish
Biasanya susah kan nak dptkan makanan seafood yg Halal di Newton circus. Tapi di gerai no 19 ni mmg dijamin halal. Coz Pakcik Saudara hb Hazel yg mendapatkan sijil Halal ni utk mereka. Mmg tukang masak nya org cina, tetapi segala urusan mengorder bahan2 ini dilakukan oleh Pakcik ni...100% halal uuuuuu...




Dinner @Anatolia Turkish Restaurant....

Mixed Grill Kebab

Special Rice

Lahmachun (seakan2 pizza)

Salad
Anatolia Turkish Restaurant
14, Scotts Road #02-58/59
Far East Plaza S(228231)
Tel : 6836 3352

Wednesday, February 4, 2009

Menu for 2day...

Ketam Masak Lemak


Peria Goreng

Ikan Goreng


Actually, arini mmg hazel tak tau nak masak apa. Oleh kerna waktu pergi pasar tadi pagi..(ditemani oleh my 3rd son) dia yg minta utk memasakkan ketam...(thks dear, kerna memberi ummi idea utk masak). My 3rd son ni mmg suka sgt dgn ketam, infact tak kira la apa ummi nya masak, all my kiddos akan makan..(sesungguhnya mereka sume tak cerewet..)






Tuesday, February 3, 2009

Bitter-Sweet Mint Chocolate....

CHOCOLATE BITTER-SWEET MINT
K' resepi ni da hazel improvise sikit. Coz kalau betul2 nak sedap mmg digalakkan mengguna Chocolate Coverture. tetapi oleh kerna ada sikittt punya susah utk explainkan ttng cara2 chocolate tempering, maka hazel tukar kan resepi nya ke chocolate biasa aje.
Bahan A
300g White Chocolate
1 tsp Crisco / Shortening
1 tsp Peppermint Esen (kalau nak strong, add lagi 1/4 tsp)
1 1/2 tsp Green Color
Bahan B
600g Bitter Sweet Chocolate
1 tbsp Nutella
Cara-cara nya :
* Dbl boil kan chocolate putih bersama crisco, bila da larut barulah masukkan peppermint esen & pewarna hijau.
* Tuangkan 1 tbsp adunan ke dlm Chocolate Mould. Biarkan ianya sejuk di dlm fridge.
* Kemudian dbl-boil kan pula Bittersweet Chocolate bersama Nutella. Bila da betul2 larut. Tuangkan ke dlm mould yg telah berisi chocolate putih/mint tadi, isi hingga penuh.
* Setkan di dlm fridge for atleast 6hrs. But the best kalau dibiarkan semalaman dulu.
### Tergantung kpd selera masing2, jika anda inginkan lebih Mint, maka masukkan adunan mint lebih sikit.

Kheema Daging


KHEEMA MATTER
Sumber: Azrah Abdul Majid (Hazel ambil dari Koleksi Resepi Diana)

Bahan-bahannya :

500 gram daging cincang
2 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji tomato besar, didadu kecil
2 biji kentang, didadu kecil
2 sudu makan paste halia dan bawang putih
150 gram kacang peas (Hazel gunakan Mixed Vegetables)
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan lada serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu makan garam masala
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Cara-caranya :

Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga kuning. Campurkan paste bawang putih dan halia, tomato dan kacau rata. Masukkan pula lada serbuk, rempah kari daging dan serbuk kunyit. Tumis selama 5 minit. Campurkan daging cincang, garam dan selepas itu, masukan pula kentang dan 300 ml air, masak lagi selama sepuluh minit. Masukkan kacang peas, garam masala, daun ketumbar. Hidangkan dengna roti naan.

Sunday, February 1, 2009

Kek Pisang

Kek Pisang yg hazel baked last CNY. Busy sgt dis wk sampai lambat post gambar.
Baked 3 loyang kek. 1 for my dear Ummi, 1 for MIL and 1 for myself.