Tuesday, October 7, 2008

Kek Ladam Bertuah @Tapak Kuda



Kek Ladam Bertuah aka Tapak Kuda, antara kek yg paling hazel & anak2 gemari. Ini mungkin kerna Nutella yg disapu di dlm kek. Alhamdulillah tiap2 thn customer hazel akan order kek ni. As 4 myself, kurang2 nak kena siapkan sampai 6rolls (min.)
Disini ngan senang hati, hazel attachkan resepi nyer khas buat Ika aka Natto. Resepi ni mmg hazel dapat dari "Koleksi Resepi Diana". Cuma hazel ubah Size/Bentuk nyer tu versi hazel. Sila la mencuba nya....


Bahan-bahannya :
* 10 biji kuning telur
* 5 biji putih telur
* 225g gula castor
* 110g tepung gandum atau tepung halus (hazel gunakan Tepung Gandum)
* 10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla (hazel gunakan susu tepung)
* 135gm mentega cair
* 1 sudu makan rata penstabil/Ovalette
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 sudu teh perasa coklat
* 1/2 sudu teh serbuk penaik
* Nutella Spread

Cara membuat

1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.

2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.

3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan masukkan ke dalam beg pipping.

4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Picitkan adunan dari beg pipping.

5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.

6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek.

7. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.

No comments: