Monday, September 8, 2008

Red Bean Stollen


Resipi ni pula hazel dpt dari Koleksi Resepi Diana. Ada member2 MyR yg menggelar nyer sebagai Roti Ulat Gonggok...(kalau tak salah ejaan).Heheheee... jgn marah. Roti ni mmg sedap, lembut & enak dimakan panas2. Bagi yg tak kuat manis, bole la kurangkan isi kacang merah nyer. Resepi ni juga da hazel cuba berkali2. Tak rugi mencuba nyer.
Attach hazel ambil resepi nyer dari Koleksi Resepi Diana..(harap2 dianaA tak marah ya....)
RED BEAN STOLLEN
(Sumber: Roshayati Johari)
Bahan A:
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas hingga sebati
Bahan B:
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram
Bahan C:
40g butter
40g shortening (Boleh guna shortening atau butter sahaja)
Cara menyediakan roti:
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. (Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam).
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.
Cara membuat Red Bean Stollen
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit.
Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.


No comments: