Tuesday, February 24, 2009

Black Forest Cake...



Kek yg baru hazel bake kelmarin mlm...takde apa2 occasion, saja aje buat makan2 anak2. Nak beli kat kedai (susah nak cari kedai kek halal) rasanya tak sepower yg dibuat sendiri kan..kan..kan..

Resepi ni hazel dpt dari http://www.myresipi.com/top/detail/6693 sumber Sharm 1969. Thks for the resipi. Alhamdulillah hazel buat kek ini ianya menjadi....;) Tapi ada sedikit bahan yg hazel ubahkan. Sekiranya tidak menjadi keberatan Sharm, hazel ingin berkongsi resepi ini dgn yg lain...

BLACK FOREST CAKE

Bahan-bahan ( Saiz 9" )

120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 tsp esen vanila
40gm Butter (dicairkan -sejukkan @rm temperature)

Untuk hiasan :

300gm Non-Dairy whipping cream
Jem blueberry
Ceri merah
Chocolate rice

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan butter yg tlh dicairkan.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar dgn suhu 180'C selama 30-35 minit.
Sejukan kek, potong 2-3 lapisan(Hazel buat 3 lapisan). Sapu krim, diikuti dgn jem blueberry.
Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim diikuti lagi dgn jem blueberry. Tindihkan kek lagi. Ratakan permukaan dan tepi kek dgn krim.
Hiaslah mengikut citarasa anda.

SELAMAT MENCUBA

1 comment:

Adnazthie said...

Hai Hazel, baru jumpa awaknya blog melalui salam2benua. Tak pe niatnya pun memang untuk dikongsi bersama....