Sunday, February 22, 2009

Fruit Tart...





1 of my personal faberet, Fruit Tart. Actually da lama da teringin nak buat. Tapi oleh kerana kesibukan masa, maka terpaksalah ditunda dari hari ke hari. Yg pasti minggu lps, hazel luangkan masa utk cuba membuatnya. Alhamdulillah, menjadi juga project ku. Resepi ini hazel ambil dari Blog Abg Rozzan (thks so much Abg Rozzan kerna mengizinkan hazel postkan resepi ini disini utk dikongsi bersama yg lain).

Fruit Tart

550 gm tepung gandum
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
1 biji telur
100 gm gula icing
secubit garam

Cara2nya :

Mentega, margarine dan gula icing di pukul sebentar hingga rata. Masukkan telur & esen vanilla, dikacau rata lalu dimasukkan tepung gandum. Uli hingga sebati. Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya. Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett. Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya dgn suhu 180 darjah selama kira-kira 25-30 minit. Sesudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dahulu sebelum disapu dgn cokelat yg sudah dicairkan tadi.

Untuk Alas Tartlet
secukup chocolate block (for coating)- cairkan dgn kaedah 'double-boiling'

Krim Kastad
Bahan A
250 ml susu plain
50 gm gula
100 gm mentega(Masak Bahan-bahan A ini hingga mendidih)

Bahan B
250 ml susu plain
40 gm tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanilla
secubit garam

Cara Membuat Krim Kastad
Bahan-Bahan B ini dikacau rata dan tapis lalu masukkan ke dalam Bahan-Bahan A yg telah mendidih tadi. Didihkan lagi hingga masak.
Cara Menyediakan Fruit Tartlet
Ambil pastry tartlet yg telah disapu cokelat dan bubuh sedikit krim kastad. Susunkan dgn buah-buahan pilihan anda dan akhir sekali sapukan gel di atas buah-buahan tadi.

Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, peach, strawberry, blueberry, raspberry, etc.

Gel/Jelly Glaze
Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan...

atau Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.

No comments: